Berdasarkan dua contoh ini, saya merasakan masalah utama bagi penerbit drama dan filem di Malaysia adalah kurangnya nilai-nilai Islamik yang mampu untuk mempengaruhi minda dan kelakuan penonton. Lihatlah drama kita hari ini, berapa kerat yang berunsur Islamik? Jika ada pun, pasti tak lebih daripada bersifat propaganda politik. Yang jahat tentunya golongan yang berserban, bertudung labuh. Yang baik pula mereka yang membuat dosa seperti golongan GRO, pelacur, Mak Nyah, dan sebagainya. Kononnya, golongan agama yang berserban ini hanya tahu menghukum, tidak tahu memahami perasaan mereka ini. Sebab itu lah saya sangat bersetuju dengan ayah saya, beliau sering menukar saluran setiap kali ada filem berunsur Islamik tempatan di kaca TV. Bukannya benci kepada tema Islamik, tapi benci kepada cara ia disampaikan dan benci kepada “ajaran salah” yang dibawa.
Bahkan kalau dilihat secara umum, memang drama TV kita kurang nilai Islamik. Yang banyak, tema korporat dan seram. Plot nya pula lebih kurang sahaja, tak banyak beza antara satu sama lain. Pasti ada yang ingin merampas hak orang lain. Sedikit sebanyak ia memberi imej buruk kepada kaum Bumiputera, yang mana jika dilihat oleh orang lain, pasti menyangka bahawa begitulah perangai ahli perniagaan Bumiputera, gila kuasa dan tamak haloba.
Satu lagi rancangan Indonesia yang menarik perhatian saya adalah slot tayangan “Hidayah“. Drama ini merupakan adaptasi dari pelbagai kisah-kisah menginsafkan dari majalah digest Hidayah. Kisah ini begitu menarik dan cara penceritaannya mampu membuka hati penonton. Bahkan ia sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai keburukan melakukan sesuatu dosa kepada penonton. Di Malaysia, di mana boleh di cari drama sebegini? Di Indonesia, penduduknya ramai, persatuan Islamnya sangat berpengaruh. Sebab itu lah mereka berupaya untuk mengeluarkan pelbagai drama yang memberi keinsafan kepada penonton. Di Malaysia pula, dek kerana kurangnya drama sedemikian, maka terpaksalah diimport pula dari Indonesia. Namun yang menghairankan, drama sebegini hanya mendapat slot lewat malam, iaitu sekitar jam 10 malam, berbanding drama Indonesia lain yang melalaikan dan dipenuhi unsur tahyul seperti “Bawang Putih Bawang Merah”, yang diberi keistimewaan slot tengahari. Ini menunjukkan betapa tahap pemikiran dan kesedaran untuk memberi nasihat kepada penonton di kalangan pemilik stesyen TV masih rendah. Yang dilihat hanya keuntungan. jika ada untung, maka boleh lah ditayangkan tak kira ia berguna atau tidak. Hasilnya, masyarakat terus leka dan lalai.
Sebenarnya masih banyak program berfaedah dari negara jiran yang tak mampu saya senaraikan. Dalam mBerdasarkan dua contoh ini, saya merasakan masalah utama bagi penerbit drama dan filem di Malaysia adalah kurangnya nilai-nilai Islamik yang mampu untuk mempengaruhi minda dan kelakuan penonton. Lihatlah drama kita hari ini, berapa kerat yang berunsur Islamik? Jika ada pun, pasti tak lebih daripada bersifat propaganda politik. Yang jahat tentunya golongan yang berserban, bertudung labuh. Yang baik pula mereka yang membuat dosa seperti golongan GRO, pelacur, Mak Nyah, dan sebagainya. Kononnya, golongan agama yang berserban ini hanya tahu menghukum, tidak tahu memahami perasaan mereka ini. Sebab itu lah saya sangat bersetuju dengan ayah saya, beliau sering menukar saluran setiap kali ada filem berunsur Islamik tempatan di kaca TV. Bukannya benci kepada tema Islamik, tapi benci kepada cara ia disampaikan dan benci kepada “ajaran salah” yang dibawa.
Bahkan kalau dilihat secara umum, memang drama TV kita kurang nilai Islamik. Yang banyak, tema korporat dan seram. Plot nya pula lebih kurang sahaja, tak banyak beza antara satu sama lain. Pasti ada yang ingin merampas hak orang lain. Sedikit sebanyak ia memberi imej buruk kepada kaum Bumiputera, yang mana jika dilihat oleh orang lain, pasti menyangka bahawa begitulah perangai ahli perniagaan Bumiputera, gila kuasa dan tamak haloba.
Satu lagi rancangan Indonesia yang menarik perhatian saya adalah slot tayangan “Hidayah“. Drama ini merupakan adaptasi dari pelbagai kisah-kisah menginsafkan dari majalah digest Hidayah. Kisah ini begitu menarik dan cara penceritaannya mampu membuka hati penonton. Bahkan ia sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai keburukan melakukan sesuatu dosa kepada penonton. Di Malaysia, di mana boleh di cari drama sebegini? Di Indonesia, penduduknya ramai, persatuan Islamnya sangat berpengaruh. Sebab itu lah mereka berupaya untuk mengeluarkan pelbagai drama yang memberi keinsafan kepada penonton. Di Malaysia pula, dek kerana kurangnya drama sedemikian, maka terpaksalah diimport pula dari Indonesia. Namun yang menghairankan, drama sebegini hanya mendapat slot lewat malam, iaitu sekitar jam 10 malam, berbanding drama Indonesia lain yang melalaikan dan dipenuhi unsur tahyul seperti “Bawang Putih Bawang Merah”, yang diberi keistimewaan slot tengahari. Ini menunjukkan betapa tahap pemikiran dan kesedaran untuk memberi nasihat kepada penonton di kalangan pemilik stesyen TV masih rendah. Yang dilihat hanya keuntungan. jika ada untung, maka boleh lah ditayangkan tak kira ia berguna atau tidak. Hasilnya, masyarakat terus leka dan lalai.
Sebenarnya masih banyak program berfaedah dari negara jiran yang tak mampu saya senaraikan. Dalam masa anak-anak kita sibuk berjoget, melalak dalam program Idola Kecil, anak-anak di Indonesia sudah dilatih untuk menjadi pendakwah menerusi program Pemilihan Dai Cilik . Nah, inilah sebabnya saya berasa bimbang dengan masa depan anak-anak saya nanti. Apakah mereka mampu untuk mengharungi badai hedonisme yang kian menjerut bumi Malaysia ini, atau mungkin mereka akan ikut sama hanyut bersama beribu lagi rakan mereka. Sudah sampai masanya, kita menggunakan TV sebagai medan untuk melahirkan generasi soleh dan solehah. Untuk apa TV beribu ringgit, sekiranya ia tidak lebih dari menghancur minda anak-anak kita? Fikirlah, hiburan itu boleh, tapi usahlah melampau. Usahlah kita menunggu anak-anak kita meminta untuk bertatu, menukar agama, baru kita gelabah mentajdid TV.asa anak-anak kita sibuk berjoget, melalak dalam program Idola Kecil, anak-anak di Indonesia sudah dilatih untuk menjadi pendakwah menerusi program Pemilihan Dai Cilik . Nah, inilah sebabnya saya berasa bimbang dengan masa depan anak-anak saya nanti. Apakah mereka mampu untuk mengharungi badai hedonisme yang kian menjerut bumi Malaysia ini, atau mungkin mereka akan ikut sama hanyut bersama beribu lagi rakan mereka. Sudah sampai masanya, kita menggunakan TV sebagai medan untuk melahirkan generasi soleh dan solehah. Untuk apa TV beribu ringgit, sekiranya ia tidak lebih dari menghancur minda anak-anak kita? Fikirlah, hiburan itu boleh, tapi usahlah melampau. Usahlah kita menunggu anak-anak kita meminta untuk bertatu, menukar agama, baru kita gelabah mentajdid TV.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan