Selasa, 17 Mac 2009

Rancangan Realiti TV
Friday, August 04, 2006, posted by kei
Dilaporkan para ulamak Saudi telah mengeluarkan fatwa mengatakan satu program hiburan realiti TV yang mengumpulkan remaja sebagai jenayah kepada Islam dan meminta semua pihak yang terlibat termasuk para penontonya bertaubat.Di Malaysia, kita ada berbagai-bagai rancangan TV yang merosakkan akhlak, seperti yang dimaksudkan oleh ulamak Saudi itu. Yang paling diminati dan hampir menyerupainya ialah Akademi Fantasia.Kini Akademi Fantasia siri ketiga pula dalam pembikinan. Program ini juga mengumpulkan pelajar, lelaki dan perempuan, di suatu 'akademi' untuk dilatih 'melalak' sebelum beradu nasib di pentas.Mustahil para ulamak di Malaysia tidak tahu hal ini kerana ia disiarkan secara langsung melalui TV dan nampak jelas pelajar lelaki dan perempuan berpelukan apabila keputusan diumumkan.Kita hanya mendengar teguran dan nasihat dari ulamak di luar kerajaan sahaja tentang program ini. Ulamak dalam kerajaan seperti tidak berani berkata benar di depan pemerintah.Atau apakah mereka belum berjumpa nas yang melarang perbuatan mungkar itu. Atau mungkin mereka ada alasan lain untuk terus membisu?Kita harap ulamak dalam kerajaan dapat memandu pemerintah ke arah jalan yang benar. Yang salah tetap salah. Bila yang salah dikatakan salah oleh pihak pembangkang, kerajaan akan menuduh pembangkang sentiasa cari kesalahan mereka.Nanti bila dikatakan ulamak 'terompah kayu' baru sibuk melenting sana sini. Waktu itu keluarlah ayat-ayat al-Quran dan Hadis tentang dosa-dosa menghina ulamak. Dalam sebuah hadis Rasulullah, baginda ada menyatakan: Ungkapan: "..sesungguhnya dosa itu risikonya adalah ke neraka"- Riwayat Bukhari.Tolong menolong kepada kemungkaran juga adalah salah satu dosa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah: Ungkapan: "Kamu hendaklah tolong menolong kepada kebaikan dan ketaqwaan dan JANGAN kamu tolong menolong terhadap perbuatan dosa dan permusuhan"Melihat kepada perkembangan semasa, adakah kita dapat lihat program AF sebagai satu program ketaqwaan atau kebaikan? Semua sudah tahu tentang AF, semua sudah kenal siapa mawi, vince dan zahid dan lain-lain lagi. Semua sudah tengok aksi tarikan, pelukan, dedah aurat anak-anak muda berfantasi di atas pentas. Saya rasa tidak ada sebab untuk kita katakan program itu satu program kebaikan atau ketaqwaan. Kalau ada kebaikan sekalipun, tidak cukup untuk menampung perbuatan yang jelas dan te cukup untuk dikategorikan seabgai dosa.Saya rasa tidaklah terlalu ekstrim pendapat ini. Kerana saya sendiri anti kepada pemikiran ekstrim terutama pada zaman umat Islam jauh daripada agamanya. Kalau program Akademi Fantasi itu boleh dikategorikan sebagai program ketaqwaan, atau sekurang-kurangnya menjana kepada ekonomi dan pertumbuhan negara, mungkin pendapat ini boleh dikatakan ekstrim. Tapi bagi saya, program ini banyak merugikan negara. Pada zaman inflasi sedang naik, masih ramai yang membazir wang dengan mengundi. Pada zaman Pak Lah mahukan peningkata modal insan berasaskan ilmu, masih ramai umat yang leka dalam fantasi mereka nak menjadi orang glamer, berhibur dan semata-mata hiburan. Hiburan meringankan minda, merosakkan pemikiran. Umat tidak menjadi umat yang tahan lasak. Umat sentiasa berhibur takut untuk berjuang.Sudah berbagai fatwa dikemukakan tentang undian AFUNDI ini haram. Dan sewajarnya pendapat ini diketengahkan kepada umum. Setiap SEN yang diundi menyumbang kepada perbuatan yang haram adalah haram jua berasaskan kepada firman Allah di atas. Dan setiap yang haram akan membawa kepada NERAKA jua akhirnya. Jika anda ada ahli keluarga, sahabat yang suka mengAFUNDI, beritahulah daripada undi orang menari dan menyanyi lebih baik dermakan RM10 kepada PALESTIN.Derma palestin adalah wajib, undi AF adalah haram. Utamakan yang wajib. Elakkan yang haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan