Bu Endang, Kiamat Sudah Dekat
Kemudian, kita lihat pula pada trend pemakaian tudung di kalangan kanak-kanak. Saya mempunyai seorang sepupu perempuan kecil (10 tahun) yang selalu mengenakan tudung walau dimana jua kecuali ketika mandi dan tidur. Bila mana dia ingin keluar bermain, dia pasti akan bertudung. Ini merupakan satu amalan yang sangat baik. Saya mengesan dia mula bertudung ketika tayangan drama “Mutiara Hati”. Drama itu menayangkan sebuah tadika yang mana pelajar perempuannya bertudung walaupun masih dalam usia cilik. Saya rasa kecomelan watak dalam drama itu telah membuka hatinya untuk turut bertudung. Ini hanyalah andaian, saya tidak tahu apa sebenarnya sebab dia bertudung, tapi ianya berbetulan dengan penyangan drama ini dan dia juga merupakan seorang penonton tegar drama ini. Jadi, saya rasa boleh bagi saya untuk mengandaikan sedemikian. Bahkan semenjak dari itu, saya sering pula melihat kanak-kanak tadika yang mengenakan tudung sepertinya, tidak seperti mana saya dahulu, hanya kanak-kanak yang ibu bapanya betul-betul berpegang kepada agama sahaja yang mengenakan tudung. Ini merupakan satu trend yang sangat baik dan bagi saya, ia merupakan salah satu langkah awal pembentukan generasi solehah yang mementingkan penjagaan aurat. Malahan, setelah beberapa ketika, saya lihat rakannya pula ada yang ikut serta bertudung walaupun tidak seistiqamah seperti dia tapi cukuplah bagi kanak-kanak. Sekurangnya mereka sudah mula belajar untuk menutup aurat dan tidak menunggu baligh baru terhegeh-hegeh ingin menuntup aurat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan