Rata-rata masyarakat hari ini bila ditanya apa aktiviti kesukaan, pasti ramai yang menjawab, menonton TV. Bahkan boleh dikatakan di setiap rumah di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah TV. Ini menunjukkan betapa mendalamnya pengaruh TV terhadap masyarakat kita. Malah boleh dikatakan, TV merupakan salah satu cara untuk mempengaruhi dan mendidik masyarakat kita. Jika tidak, tak mungkin salah sebuah parti terbesar di negara menggunakan saluran ini untuk menyebarkan propagandanya.
Jika diteliti rancangan-rancangan di TV pada hari ini, majoriti merupakan rancangan yang berbentuk hiburan, dari program realiti seperti Akademi Fantasia, program drama, dan sebagainya. Semua bersifat memberi hiburan kepada penonton. Malah jika dinilai pada satu tahap, hiburan itu boleh dianggap melampau hingga kadang-kadang boleh memberi efek negatif terhadap penonton. Itu jika dilihat pada rancangan TV tempatan. Kadang-kadang jika kita membandingkan mutu rancangan TV kita dengan negara jiran, Indonesia, dari segi memberi tauladan yang baik, amat jauh bezanya.
Sekarang ini, popular di kalangan kaum hawa sejenis tudung yang amat ringkas dan mudah dipakai. Kemunculan tudung ini telah memberi kemudahan kepada mereka untuk membuat kerja di luar rumah seperti menyiram pokok bunga dan menyidai pakaian tanpa perlu bersusah payah memakai selendang. Cukup dengan menyarungkan tudung itu kekepala, sedikit ubahsuai, dan tudung itu siap untuk dipakai. Walaupun tidak dinafikan tudung itu tidak berupaya untuk menutup aurat dengan baik, khususnya jika dilihat ianya tidak menutup bahagian dada, namun ia tetap baik kerana ia memberi kemudahan kepada kaum hawa yang mungkin ingin ke tepi rumah sahaja dan bukan ke luar dari kawasan rumah. Jika dipakai di tepi rumah untuk melakukan pekerjaan yang ringkas dan sekejap sahaja apa salahnya. Lagipun tudung itu dipakai sebagai persediaan takut-takut ada lelaki lain yang kebetulan datang atau lalu di situ. Fenomena tudung ini bagi saya bermula dengan penayangan drama “Kiamat Sudah Dekat” di saluran TV9. Menerusi drama ini, watak ibu kepada Saprol, Bu Endang, memakai tudung itu setiap masa walaupun di dalam rumah. Ini menunjukkan betapa tingginya akhlak seorang ibu tunggal dalam menjaga auratnya. Mungkin ada usahawan yang berfikiran kreatif terpanggil untuk mengimport tudung sebegini yang sudah sedia banyak di Indonesia. Hasilnya, tudung ini menjadi begitu popular dan boleh dikatakan di mana sahaja gedung pakaian, ada dijual tudung sebegini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan